Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

.:.FOLLOWERS.:.

Thursday, December 2, 2010

Jadilah orang yang bersyukur~


Assalamualaikum...

hi kengkawan...saya datang!![sambey gegar2 belog]
rini meh kita sama2 muhasabah diri selapis dua..
anda rasa anda sempurna?
atau mungkin terlalu sempurna hingga tiada siapapun mampu menandingi anda?
tahniah...saya memuja anda :)
tapi bagi saya, saya hanya masih insan kerdil yang terumbang-ambing dipukul ombak di sudut kecil ini...saya masih belum sempurna tapi saya perlukan sesuatu untuk buatkan semangat saya  kembali membara...go go!! aja aja fighting!
jadi, ayuhla kita teliti n kenali balik gimana sebenarnya sikap kita...perilaku kita dengan orang ramai...baekkah? sopan-santunkah? kasarkah? atau menjengkelkan...nauzubillah, mintak dijauhkan segala yang tidak baik....
di sini ada beberapa petikan yg ika amik daripada email n ika kira, eloklah kalu benda2 ni dapat dipanjangkan dan dikongsi dengan sahabat2 sekalian...sekadar mewujudkan kesedaran di lubuk hati masing2...
tp sebelum 2, ika nk sentuh cketla...nk imbau kembali yang kadangkala, setiap kesusahan n keperitan yang kita lalui, mungkin tidak sehebat kesengsaraan insan lain....jadi, secara tidak langsung, ini akan membuatkan kita percaya bahawa disebalik semua ni, ALLAH sudah menjanjikan yang terbaik untuk kita..mudah-mudahan..

Sahabat, 
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

 
Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.
Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.
Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..heheh

0 gossip (s):