.:.FOLLOWERS.:.

Tuesday, September 7, 2010

kuih butir nangka edisi merah

mood arini: xsabar nk balik kg esok :)

kt umah tinggal dua orang je..ika n as..tp rini as kuar dating, so tinggal sorang je kt umah..

dah ade sorang je, malas la nk turun bli makanan sorang2..so, macam2 pk nk masak ape la bbuke nt..nak makan nasi da bosan..nak goreng2 pun da bosan gak..

now nga pk nk abiskan stok kt umah je sbelum bcuti panjang....

sambey kemas2 dapo, nampak la ada tepung beras..pastu terfikir nk buat kuih butir nangka...sb simple je kan?

santan dah ade, gula merah dah ade, semua ada..kecuali daun pandan.....

tp xpe, kali ni kita gantikan daun pandan ngan sirap la..so, t butir nangka 2 akan jd wane pink2..heheeeee :P

hurm, lebey kurang camni la resepi dia: 


BAHAN2
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan (xletak pun,sebab xde)
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan (xletak gak, gantikan ngan sirap..hehehe)
  • (bahan utk kuah)
  • santan 
  • gula merah
  • garam
  • daun pandan (kalu ada, letak la..bagi wangi :) )
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. 
Tepung yang telah diuli

Gentel bentuk bujur
Rebus dalam air
Tunggu sehingga tepung timbul
masak kuah lak :P
Dah siap..weheee :)