.:.FOLLOWERS.:.

Tuesday, April 17, 2012

RESEPI SHORTBREAD CHOCOCHIPS COOKIES


Resepi ni ika cedok dari blog kak nurul, seme same cuma tu tengok tuuuuuu karer pink!hehehe 
chocochip cookies versi pink..heee

ika try wat 2 adunan, so dapat around 80 ketoi..
mohle tengok resepi..sangat mudah, pantas, tuntas dan bila dah siap, cookiesnye pn cepat je abes..hehe

*Resepi dari blog Kak Nurul

Resepi Shortbread Chocolate Chip Cookies ( 40 biji, saiz macam dalam gambar )

1 cawan tepung gandum ( di ayak )
1/2 cawan mentega tanpa garam ( kalau guna mentega yang ada garam tu, tak payah dah letak garam. Nanti masin)
Secubit garam
1/2 sudu baking powder
1/4 cawan castor sugar
1/2 sudu kecil vanilla essence
1/2 cawan semisweet chocolate chips 

* Bole tambah kekacang dalam resepi ni kalau suka, macademia ke, pecan ke. Lagi sedap.  Letak M&M pun bole

Cara-cara

1. Panaskan oven 150c
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Aku pukul guna senduk je. 
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaulkan (Jangan lupa esen vanila)
4. Masukkan semisweet coklat 
5. Sudukan adunan dan bentukkan bulat dengan tangan. Atau tekan2 je di atas tray yang dah di sapu butter atau guna baking paper
6. Bakar selama 10 minit-20 minit
7. Sudah bakar, sejukkan cookies. Biarkan sebentar sampai sejuk, kemudian baru simpan dalam balang Nanti dia lebih rangup

Selamat mencuba!


5 gossip (s):

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽

wah..buat sendiri.. rajin... pink lak tu, ramadhan ni leh terai.. bagi jadi kuih raya truih.. hohoohh

Safiah Ibrahim

Wah. Tak raya ag dah boleh makan biskut.. Best.

ohbintang

pia: heee xyah tunggu raye..teringin punya pasal..hehe :P

mami eeiyss:hehe ha try jgn xtry..raya ni conpem buat..hee

m a w a r

yanggg,resepi ni same x ngan yang puasa hari tu? buat masa puasa hari tu x jadik. hukhuk

ohbintang

wani: lain yunk..yg ni xguna telur, xguna brown sugar..la, nape xjadi..xpe, t try len..hehe