.:.FOLLOWERS.:.

Tuesday, April 10, 2012

RESEPI APAM POLKADOT (1ST TRY)


haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saya datang ni.....(sambey gegar2 blog)
dah lama xupdate blog..act, pasaan nk update tu ada..dah banyak kali gak la cubaan mbuka blog sendiri...tp setakat bole tenung2 camtu jela..nk hupdate mmg ibarat kata kena buat semayang hajat 2 3 kali dulu baru terbuka hati nk hupdate..

btol la org kata, benda....if kita lama dah tinggal, nk mulakan balik mmg nauzubillah dia punya liat..
tp rasanya utk kes org2 terpencil cm ika je kot..sb ai ni seorang makhluk yg malas cket..tp if da start rajin, jangan tego..sape tego den cubit 24 kali smpai lebam..wek ;p

okeh, kali ni nk hupdate pasal resepi2 kuih muih je..

dan resepi yang terpilih pada entry kali ni ialah.........

RESEPI CIK APAM POLKADOT..YAYYY :D



dah lama dah ika tingin nk buat..i don't care pasal die punya rasa, but ika ttarik ngan kecomelan dia yg sgt ohsemmm....sehingga mendorong ika tuk try buat..as for ur info, ika xpenah rasa cik apam dot dot ni...so, nk compare rasa pun xboleh lg...tp i jz proceed to make it first..sambey2 at d same time, ika tgok gak tutorial kt utiub..sb nk tgok cane die buat dot dot tu kan..i love perfection actually...coz if xjadi dot2 rasa macam nk lempang diri sendiri smbey ckp eeee xkan xboleh...org len buat boleh..heee

OKEY, LET'S JUMP INTO RECIPE :)


BAHAN-BAHAN

3 biji telur (dari peti)

275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
150 gm susu segar (boleh juga guna susu sejat)
1 sudu teh ovallete
filling blueberry secukupnya (nk guna filling laen pun bole)
pewarna dan esen vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan if xsuka manis)


CARA-CARA 

Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan  lompang. 

Picitkan blueberry filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah dah xcomey :)

rupa apam after letak filling :)



SELAMAT MENCUBA!


#Oh, lupa nk ckp..resepi ni ika cedok dari tenet :)