.:.FOLLOWERS.:.

Wednesday, April 11, 2012

RESEPI KARIPAP PUSING





macam biasa, if kita suka makan satu benda tu, mesti akan ada rasa nk cuba buat sendiri kan?
ika dah lama teringin nk buat karipap pusing ni, and masa ika buat entry ni, sebenarnya dah agak lama jugakla ika buat karipap ni, cuma baru nk post kt blog and sekadar nak kongsi resepi ngan semua orang :)



BAHAN-BAHAN


DOH MINYAK

300 gram tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

*Campurkan secubit garam ke dalam tepung.  Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari.  Sedikit demi sedikit, masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan

DOH MARJERIN

150 gm tepung gandum
100 gm marjerin (tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan)

INTI KELEDEK

2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
segenggam udang kering, direndam dan ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
garam dan gula secukup rasa
daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

*Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelakkan tumisan hangus.  Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek.  Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek.  Masak sehingga keledek betul-betul lembut.  Tambah garam dan gula.  Masukkan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. 


*untuk cara-cara membuat karipap pusing ni, ika rujuk dari Naz Rinn Chan fotopages, sangat membantu sebab dia tunjuk step by step :)





rasa karipap ni sangat OHSEMMM...
ika lagi suka karipap pusing kalu nk compare ngn karipap biasa tu maybe sb lg rapuh n rasa mentega tu buat dia lagi wangi kot :)