Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

.:.FOLLOWERS.:.

Thursday, April 26, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah




arini buat ayam goreng berempah...xpernah try, so, nk bg laen cket dr mcm slalu dok masak, tiba-tiba teringat nk buat ayam goreng berempah nih..ijat pun suka..wee :)

Macam biasa, google resepi and jumpa resepi ni..




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (ika guna Alagappas)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari (ika xletak pun sb xde)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas2.


*tiba-tiba teringat if makan ngn nasi lemak kukus perhhhhh dapnyeeeeeeeeee



Friday, April 20, 2012

LIFE ISN'T SIMPLE, MAN




It's not easy, man

to put a little smile


just to replace your exact feeling

THIS IS WHAT YOU ACTUALLY HAVE NOW!

sometimes it works perfectly!
but they were fake :(



Berlinang Air Mata Kerana....




Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.


-Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
-Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.

-Memandang wajah ibu yang sedang tidur atau sedar sehingga berlinang air 

mata.




ika nk tekankan point yang ketiga...

bukan xpernah...acapkali..bila melihat ayah atau mak sedang tidur..sayu hati, tersentuh...Adakah kita dapat menatap wajah ini lagi suatu hari nanti???
rasa sayang n pernah pada satu tahap tu, takut nk tinggalkan mereka..takut bila pulang untuk kali kedua nanti, tiadalah mereka untuk menyambut kepulangan kita di depan pintu..

ya Allah, panjangkanlah usia mereka-mereka yang kusayang..amin :'(


*terbayang pengorbanan mereka, tak terhitung :(


Wednesday, April 18, 2012

SARSI, dari mana asal-usul?




skt kepala xhilang, tp degil nk update entry..sb selagi dok pikiaq selagi tu dok pening..
so, utk kurangkan beban, meh semua tolong pikiaq sat..

pasal SARSI


bak kata org utagha, kot mana teghbitnya ayaq sarsi ni?ada buah ka?saya xtaw..ada sapa-sapa yang taw n boley bagi taw dak?bukan apa....

ce tengok sini..


if sunquick, kita taw dari buah limau, if kiwi kita taw dah dia mmg dr buah kiwi, laici pun sama...tembikai, pisang, pegaga..semua kita taw...hat ni xtaw..sarsi..
tolong org tekno makanan, mai tolong habaq sat :D


Kepala Jatuh Sakit :(



   
disebabkan faktor cuaca....
dah dua hari dah jadi
MACAM NI
V
V
V
V
V
sakit mmg tahap stok kena lipat comforter keliling kepala sambey tekan-tekan kepala kt tilam..
dah suruh ijat duduk atas kepala...tp ijat xlayan...haha kejamnyaaaa :(
xpun, bole x if nk mcm ni..
v
v
v
v
v

tak sakit kot, barbie ni tenyum je....heee


Tuesday, April 17, 2012

RESEPI SHORTBREAD CHOCOCHIPS COOKIES


Resepi ni ika cedok dari blog kak nurul, seme same cuma tu tengok tuuuuuu karer pink!hehehe 
chocochip cookies versi pink..heee

ika try wat 2 adunan, so dapat around 80 ketoi..
mohle tengok resepi..sangat mudah, pantas, tuntas dan bila dah siap, cookiesnye pn cepat je abes..hehe

*Resepi dari blog Kak Nurul

Resepi Shortbread Chocolate Chip Cookies ( 40 biji, saiz macam dalam gambar )

1 cawan tepung gandum ( di ayak )
1/2 cawan mentega tanpa garam ( kalau guna mentega yang ada garam tu, tak payah dah letak garam. Nanti masin)
Secubit garam
1/2 sudu baking powder
1/4 cawan castor sugar
1/2 sudu kecil vanilla essence
1/2 cawan semisweet chocolate chips 

* Bole tambah kekacang dalam resepi ni kalau suka, macademia ke, pecan ke. Lagi sedap.  Letak M&M pun bole

Cara-cara

1. Panaskan oven 150c
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Aku pukul guna senduk je. 
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaulkan (Jangan lupa esen vanila)
4. Masukkan semisweet coklat 
5. Sudukan adunan dan bentukkan bulat dengan tangan. Atau tekan2 je di atas tray yang dah di sapu butter atau guna baking paper
6. Bakar selama 10 minit-20 minit
7. Sudah bakar, sejukkan cookies. Biarkan sebentar sampai sejuk, kemudian baru simpan dalam balang Nanti dia lebih rangup

Selamat mencuba!


Sunday, April 15, 2012

Mata Kucing Ayah dan khasiatnya :)




ni buah mata kucing yang ayah tanam..waaaa syioknyaaaa sb dis is one of ma fav pruit.nyummy

bila dah start makan, susah naw nk stop..menjadi2 dok kupas kulit..lepas satu, satu....
tp buah yg ayah tanam ni isi dia nipis je, tp semuanya manis..manis2 buah orang kata..heeee

time kt s.alam, if jumpa je gerai jual buah ni, msti beli sekilo...if xsilap sekilo around RM9 kot..kot la..memory corrupt, so dah lupa..hee :P

alang-alang dah cite pasal buah mata kucing ni, nk gak share serba-sedikit tentang khasiat dia..kot ada la kan..tp tiap buah, msti akan ada khasiat dia, xbanyak, sikit mesti ada..xkan kotttt xda..setiap kejadian tu kan bersebab..heeeee

okeh, berbalik pada tajuk entry, khasiat yang nk distory kt sini bukan bermaksud khasiat buah mata kucing yang ayah tanam je, sb buah yang ayah tanam ni tidaklah ada bezanya ngan buah-buah mata kucing yang laen n tidaklah juga ada kena mengena langsung ngan kucing mahupun mata mereka dan jika nk dipikir2 pasal asal kejadian terbentuk nama dia pun, boleh luruh semua rambut den siap ngan akar2 rambut skali terkeluar tu pun if den derhaka nk kaji jugak jugak...mgkin fizikal n rupa paras dia mcm mata kucing kot..femes gak eh kucing banyak betul die franchisekan nama dia..tu xtmasuk misai kucing lg..bahaha...untonglaaa...

oke..oke..jom baca ni..ni hasil penat lelah den dok risik-risik dari pakcik google kesayangan kita tuh..mula-mula dia kata, pakcik bukan apa..dah jauh pakcik berjalan, sesuai ngan usia pakcik yang pakcik pun dah lupo bape umo pakcik...so, seperti yang adik manis sedia maklum, banyak jugaklah pengetahuan yang pakcik ado, start dari sekecik-kecik kuman...sampaila ke sebesar-besar tahi lalat pakcik ni(sambey tunjuk tahi lalat besar gedabak kt tepi pipi)..oke, den merapu je..(papppp kat dahi)

yang ni betol, xmerapu dah...dia kata:

-setiap buah mata kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah..wow!

-lagi dia kata, buah ni gak mengandungi phenolic terutama pada bijinya, seperti asam gallic, corilagin, dan asam ellagic yang mengandungi antioksidan yang sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular..

- lagi, daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang mana ia mengandungi quercitrin dan quercetin, yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus, sehingga boleh dimanfaatkan untuk mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular.

- pada kandungan bijinya juga, mengandungi saponim, tannim, (dah macam nama adik beradik dah) dan lemak (banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat shampoo dan mengatasi keringat yang berlebihan.  Selain itu, bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan.)

- oke, bercakap tentang isi buah mata kucing, isinya boleh dijadikan ubat untuk merawat sakit perut di mana dia berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di dalam perut selain dapat juga dijadikan sebagai penawar racun.  Air daripada isu (erk, isu pn boleyyyy) isi buah mata kucing yang dikeringkan bertindak sebagai penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan tidak ada nafsu makan.

- Last but not least, buah mata kucing juga dapat menghasilkan tenaga yang baik disamping meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric (da macam teh tarik da bunyi). Oleh kerana itu, buah ini dikatakan baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi haruslah diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan :)

okeh, abis dah..credit to pakcik google for sharing dis info




Friday, April 13, 2012

Mampukah aku jadi secekal Norma? :'(





Assalamualaikum..
untuk entry kali ni, ika nk update pasal satu kisah yang sangat menyentuh perasaan ika..
actually, ika accidentally terpanggil untuk singgah ke blog ni dan dari situ, ika baca satu-persatu entry yang ditulis oleh akk ni...

Lantas, timbul kesedaran yang bilamana semua orang nga bgelak ketawa, sibuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang, sibuk membeli-belah tiap2 hujung minggu after dapat gaji, sibuk bergosip sana-sini....tanpa kita sedar, ada insan yang sedang berhempas pulas bertarung dengan nyawa demi untuk meneruskan kehidupan, ada anak kecil yang belum sempat mendapat belaian dan kasih-sayang secukupnya dari ibu atas sebab-sebab tertentu dan ada insan kesayangan yang telah beberapa kali kering air mata menanggung beratnya UJIAN yang menimpa pasangannya..

Benar, manusia diuji mengikut kemampuan mereka yang berbeza.  Namun, selagi kita berdiri atas nama manusia yang punya perasaan sedih dan pilu, dugaan yang datang tanpa dijangka, adakalanya bisa melemahkan.  Namun, atas nama redha, yang telah Allah tuliskan semuanya adalah bersebab, nyata usaha dan doa menjadi santapan harian.

Setiap manusia pernah diuji, dan ika juga tidak terkecuali.  Pemergian adinda kesayangan suatu ketika dahulu cukup menjadi bukti yang kami sekeluarga begitu tabah menerima ketentuan Allah s.w.t.,  kerana jika bukan hari ini, mungkin esok..atau entah lusa giliran kita...kerana syarat mati itu tidak menanti sakit, syarat mati itu hidup..
Semua yang hidup pasti akan mati, walau dengan apa alasan sekalipun.

Berbalik pada kisah yang akk ni tuliskan, ika sebenarnya kagum dengan ketabahan yang telah ditunjukkan oleh suami si sakit and andaikata ika berada di tempat isteri beliau, ika mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan pahala dan ganjaran yang setimpal atas segala pengorbanan dan kasih-sayang beliau, kerna cintanya adalah cinta sejati. MasyaAllah
(I wish to have one like dis, sanggup susah dan senang bersama. InsyaAllah)

ni blog yang ika maksudkan..ada ditulis satu-persatu berkenaan perkembangan si sakit..minta luangkan masa, kerana sesungguhnya dengan melihat kesusahan, kesakitan dan penderitaan orang lain akan menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur atas apa adanya kita saat ini...


juga ika titipkan DOA BILA DITIMPA MUSIBAH untuk amalan bersama:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
   "Ya Allah, berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai dan gantikanlah dengan 
yang lebih baik daripada itu."

-dipetik dari Hadis sahih riwayat Muslim


* Jika kita lihat orang itu tersenyum dan tertawa seolah-olah ada perkara yang menggelikan hatinya, beliau sebenarnya mungkin sedang berperang dengan perasaan yang MAHA dasyat hanya sekadar untuk menutupi KESEDIHANnya.  Wallahualam..


Thursday, April 12, 2012

WELCOME TO REALITY






perjuangan ini...
wajarkah dipatri sampai di sini saja
kerana cahaya sabarku...adakalanya sudah lelah tenaga...


atau aku harus terus bertahan dan MELANGKAH sampai ke ujung?
pengakhirannya mungkin akan lebih indah, 
walau masa menjadi percaturan??


DEAR HEART, never give up!

after all of these hardship
an amazing ending has been promised for you

INSYAALLAH



I MISS YOU :'(





Wednesday, April 11, 2012

RESEPI KARIPAP PUSING





macam biasa, if kita suka makan satu benda tu, mesti akan ada rasa nk cuba buat sendiri kan?
ika dah lama teringin nk buat karipap pusing ni, and masa ika buat entry ni, sebenarnya dah agak lama jugakla ika buat karipap ni, cuma baru nk post kt blog and sekadar nak kongsi resepi ngan semua orang :)



BAHAN-BAHAN


DOH MINYAK

300 gram tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

*Campurkan secubit garam ke dalam tepung.  Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari.  Sedikit demi sedikit, masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan

DOH MARJERIN

150 gm tepung gandum
100 gm marjerin (tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan)

INTI KELEDEK

2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
segenggam udang kering, direndam dan ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
garam dan gula secukup rasa
daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

*Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelakkan tumisan hangus.  Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek.  Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek.  Masak sehingga keledek betul-betul lembut.  Tambah garam dan gula.  Masukkan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. 


*untuk cara-cara membuat karipap pusing ni, ika rujuk dari Naz Rinn Chan fotopages, sangat membantu sebab dia tunjuk step by step :)





rasa karipap ni sangat OHSEMMM...
ika lagi suka karipap pusing kalu nk compare ngn karipap biasa tu maybe sb lg rapuh n rasa mentega tu buat dia lagi wangi kot :)


Tuesday, April 10, 2012

RESEPI APAM POLKADOT (1ST TRY)


haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saya datang ni.....(sambey gegar2 blog)
dah lama xupdate blog..act, pasaan nk update tu ada..dah banyak kali gak la cubaan mbuka blog sendiri...tp setakat bole tenung2 camtu jela..nk hupdate mmg ibarat kata kena buat semayang hajat 2 3 kali dulu baru terbuka hati nk hupdate..

btol la org kata, benda....if kita lama dah tinggal, nk mulakan balik mmg nauzubillah dia punya liat..
tp rasanya utk kes org2 terpencil cm ika je kot..sb ai ni seorang makhluk yg malas cket..tp if da start rajin, jangan tego..sape tego den cubit 24 kali smpai lebam..wek ;p

okeh, kali ni nk hupdate pasal resepi2 kuih muih je..

dan resepi yang terpilih pada entry kali ni ialah.........

RESEPI CIK APAM POLKADOT..YAYYY :D



dah lama dah ika tingin nk buat..i don't care pasal die punya rasa, but ika ttarik ngan kecomelan dia yg sgt ohsemmm....sehingga mendorong ika tuk try buat..as for ur info, ika xpenah rasa cik apam dot dot ni...so, nk compare rasa pun xboleh lg...tp i jz proceed to make it first..sambey2 at d same time, ika tgok gak tutorial kt utiub..sb nk tgok cane die buat dot dot tu kan..i love perfection actually...coz if xjadi dot2 rasa macam nk lempang diri sendiri smbey ckp eeee xkan xboleh...org len buat boleh..heee

OKEY, LET'S JUMP INTO RECIPE :)


BAHAN-BAHAN

3 biji telur (dari peti)

275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
150 gm susu segar (boleh juga guna susu sejat)
1 sudu teh ovallete
filling blueberry secukupnya (nk guna filling laen pun bole)
pewarna dan esen vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan if xsuka manis)


CARA-CARA 

Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan  lompang. 

Picitkan blueberry filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah dah xcomey :)

rupa apam after letak filling :)



SELAMAT MENCUBA!


#Oh, lupa nk ckp..resepi ni ika cedok dari tenet :)