Assalamualaikum Ya Ahli blogger..
mood sekarang agak tersentap..
sebab tadi, lepas kul 12 refresh home facebook..pastu tengok kt list bufday...
ada sorang nama sahabat ni...yang telah beberapa bulan pergi menghadap Ilahi...
pastu terdetik di hati ni nk view arwah punya wall....
arwah meninggal disebabkan kemalangan sehari sebelum kita, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..cuba bayangkan bagaimana perasaan keluarga arwah?tatkala kita semua sedang sibuk membuat persiapan, ada insan-insan yang berduka meratapi pemergian orang tersayang...dan ini betul-betul mengejutkan ika dan juga sahabat-sahabat arwah yang lain...
arwah ni seorang yang baik..sampaikan sekarang masih ada lagi sahabat-sahabat arwah yang post kat wall arwah..luluh hati ni baca komen-komen di wall arwah...andai kata ika yang pergi, akan ada x sahabat-sahabat yang akan sentiasa mengingati ika?dan mendoakan ika?
ika selalu terfikir...bukan ika minta untuk pergi awal..tapi andaikata sudah tersurat untuk ika dijemput Ilahi dalam usia yang muda, bagaimana perasaan keluarga n sanak saudara ika?sahabat-sahabat ika?insan-insan yang ika sayang? terpikul ke rasa rindu? terbawa ke rasa pilu? sedangkan kalau ika sendiri, bila dapat tahu ada sahabat-sahabat atau orang yang ika kenal walaupun tak begitu rapat meninggal, ika sendiri akan rasa sedih dan sibuk memikirkan bagaimana orang-orang di sekeliling arwah yang sangat menyayangi arwah menanggung kesedihan dan keperitan atas semua ni.....
memang ini semua sudah tertulis semenjak di Loh Mahfuz, tapi untuk kita menerima hakikat yang kita tak akan lagi dapat menyentuh sekujur tubuh itu adalah sangat perit..sebab ika pernah merasainya dulu..hari-hari berendam air mata..setiap detik memendam rasa..orang yang tak pernah mengalaminya tak akan pernah faham..dan benarlah seperti kata cerdik pandai, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..nah, ika jadi semakin kagum dengan peribahasa melayu kita.
ika selalu terfikir, andaikata masa ika telah sampai, ika minta janganla ada sape-sape delete acc facebook ika..ntahla, selalu fikir camtu..sb ika rasa itu saje kenangan yang ada sebagaimana ika rasa bila seseorang itu dah pergi, ika hanya mampu view wall arwah saat rindu datang bertamu...
ape-apepun, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara seislam kita yang telah pergi meninggalkan kita..semoga mereka semua ditempatkan di sebaik-baik tempat di sisi Allah s.w.t..Amin..
SEKADAR RENUNGAN
aku insan lemah
yang sering diamuk rasa amarah
yang sering disogok rasa hiba
aku sering dibelai rasa cintakan dunia
hingga terkadang aku lupa pada pembalasan yang kau janjikan
aku insan lemah
terkadang kaki melangkah ke kiri
sedangkan di kanan ENGKAU menunggu
betulkan langkah kakiku ini Maha Pencipta
andai aku terleka dibuai mimpi
andai aku terlupa pada lorong yang SATU
tunjukkan aku kejernihan alur sungaimu
ingatkan aku, ada sinar di hujung jalanMU
Maha Pencipta....
sedarkan aku...
sebelum aku terlambat...
Faiqah Najiyah Anuar
01.08 a.m
Jumaat 15 Januari 2011
4 gossip (s):
jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah.
Mudah2an rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman.
selamat bersabar dan bermuhasabah
Sedih pulak rasanya... :( kalau saya dah takda, saya x pasti, ada tak org yg akan mengenang pemergiaan saya. err, kalau bleh buang la function word verification ni. salam ziarah yer.
Semoga hari dinamit teman saya!.
Post a Comment