telah jauh.....kaki ini melangkah...
telah jauh......tangan ini menggapai....
telah jauh......hati ini kubahagikan......
yang kemudiannya retak, lalu kukutip kembali kepingan2 yang dilontarkan..lalu kucantum menjadi satu, lalu kubahagikan lagi pada yang sudi......
telah jauh......batinku ini tersasar darimu....
telah jauh......aku pada pencipa-KU....
apakah kerna itu.............hidupku terasa KOSONG?
apakah kerna itu.............tiada bahagia yang menjengah?
apakah kerna itu.............apakah semua itu kerna kesilapan semalam??...
TUHANKU,
andai aku pernah bersalah mendustai hati manusia lain, maafkanku..
kerana aku jua manusia biasa..
mungkin ada masanya aku pernah terlena.....
mungkin ada masanya aku pernah tersadung kaki sendiri.........
mungkin ada kalanya aku pernah tergigit lidah sendiri.........
dan hanya kerana ketidaksempurnaan itu, aku telah mengabaikan banyak perkara...
tapi TUHANKU,
seandainya aku terlena untuk kali ini, kau sedarkanlah aku...
seandainya aku terleka untuk kali ini, kau ingatkanlah aku yang hidup ini cuma pinjaman...
seandainya aku bersedih untuk kali ini, kau bisikkanlah di telingaku yang insan-insan di sekelilingku juga hanya pinjaman yang kau hantar ke dunia ini.....
kau bisikkanlah pada hatiku yang pentas dunia ini akan terus berputar dan KAU yakinkanlah aku bahawa kelak aku jua berhak untuk berada di atas,
..........tiada yang menang, dan tiada yang kalah..
tiupkanlah sinar, untukku bangun dari kekecewaan semalam...
kerana aku sedar, setiap hembusan nafasku adalah PINJAMAN dariMU.....
tidak seharusnya kehidupan ini disia-siakan............
ya Allah, bantulah aku dari terus rebah...............................
0 gossip (s):
Post a Comment