Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

.:.FOLLOWERS.:.

Monday, August 24, 2009

hidung OWH hidung :)

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA DAN KELETIHAN

-BREATHING THERAPY FOR HEADACHE AND TIREDNESS-

Kita miliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya, di mana pada sebelah kanan yang dikatakan mewakili matahari iaitu mengeluarkan panas dan sebelah kiri sebagai bulan yang mengeluarkan dingin...

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, nescaya sakit kepala yang anda alami akan sembuh...

Jika merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang-ulang kali. Tidak lama kemudian, anda akan merasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, manakala sebelah lagi mengeluarkan dingin...

Perempuan bernafas lebih dengan menggunakan hidung sebelah kiri, disebabkan itulah hatinya cepat menjadi dingin. Sedangkan lelaki pula bernafas lebih dengan menggunakan hidung sebelah kanan, maka mungkin disebabkan ini, kaum lelaki cepat atau mudah merasa marah....

Seperkara lagi, adakah anda pernah memerhatikan pada saat bangun dari tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Kiri atau kanan?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Jadi, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, dan selepas itu anda akan merasa segar kembali...

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.

Seringkali saya berhadapan dengan masalah sakit kepala, dan sukar untuk digambarkan betapa peritnya berada di dalam situasi tersebut. Kemudian saya berjumpa doctor dan dalam nada bergurau, beliau berkata: “Anda akan sembuh jika berumah tangga!” Ternyata gurauan doctor tersebut bukanlah kosong, kerana apa yang disampaikan adalah berdasarkan teori dan testimony daripada org ramai.

Sejak daripada itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat, tetapi tidak sembuh. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya terus melakukannya selama 1 bulan, dan sejak dari malam itu sehinggalah sekarang, sakit kepala saya sudah berkurangan dan boleh dikatakan sudah tidak berulang lagi..

Ini adalah pengalaman saya sendiri...

yang benar,

xtaw sapa....

(but it’s really true)