Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

.:.FOLLOWERS.:.

Friday, April 13, 2012

Mampukah aku jadi secekal Norma? :'(





Assalamualaikum..
untuk entry kali ni, ika nk update pasal satu kisah yang sangat menyentuh perasaan ika..
actually, ika accidentally terpanggil untuk singgah ke blog ni dan dari situ, ika baca satu-persatu entry yang ditulis oleh akk ni...

Lantas, timbul kesedaran yang bilamana semua orang nga bgelak ketawa, sibuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang, sibuk membeli-belah tiap2 hujung minggu after dapat gaji, sibuk bergosip sana-sini....tanpa kita sedar, ada insan yang sedang berhempas pulas bertarung dengan nyawa demi untuk meneruskan kehidupan, ada anak kecil yang belum sempat mendapat belaian dan kasih-sayang secukupnya dari ibu atas sebab-sebab tertentu dan ada insan kesayangan yang telah beberapa kali kering air mata menanggung beratnya UJIAN yang menimpa pasangannya..

Benar, manusia diuji mengikut kemampuan mereka yang berbeza.  Namun, selagi kita berdiri atas nama manusia yang punya perasaan sedih dan pilu, dugaan yang datang tanpa dijangka, adakalanya bisa melemahkan.  Namun, atas nama redha, yang telah Allah tuliskan semuanya adalah bersebab, nyata usaha dan doa menjadi santapan harian.

Setiap manusia pernah diuji, dan ika juga tidak terkecuali.  Pemergian adinda kesayangan suatu ketika dahulu cukup menjadi bukti yang kami sekeluarga begitu tabah menerima ketentuan Allah s.w.t.,  kerana jika bukan hari ini, mungkin esok..atau entah lusa giliran kita...kerana syarat mati itu tidak menanti sakit, syarat mati itu hidup..
Semua yang hidup pasti akan mati, walau dengan apa alasan sekalipun.

Berbalik pada kisah yang akk ni tuliskan, ika sebenarnya kagum dengan ketabahan yang telah ditunjukkan oleh suami si sakit and andaikata ika berada di tempat isteri beliau, ika mendoakan supaya Allah s.w.t memberikan pahala dan ganjaran yang setimpal atas segala pengorbanan dan kasih-sayang beliau, kerna cintanya adalah cinta sejati. MasyaAllah
(I wish to have one like dis, sanggup susah dan senang bersama. InsyaAllah)

ni blog yang ika maksudkan..ada ditulis satu-persatu berkenaan perkembangan si sakit..minta luangkan masa, kerana sesungguhnya dengan melihat kesusahan, kesakitan dan penderitaan orang lain akan menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur atas apa adanya kita saat ini...


juga ika titipkan DOA BILA DITIMPA MUSIBAH untuk amalan bersama:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
   "Ya Allah, berikanlah daku pahala kerana cobaan yang kuderitai dan gantikanlah dengan 
yang lebih baik daripada itu."

-dipetik dari Hadis sahih riwayat Muslim


* Jika kita lihat orang itu tersenyum dan tertawa seolah-olah ada perkara yang menggelikan hatinya, beliau sebenarnya mungkin sedang berperang dengan perasaan yang MAHA dasyat hanya sekadar untuk menutupi KESEDIHANnya.  Wallahualam..


0 gossip (s):